Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Salah letak Liverpool terus di puncak liga
  • SUKAN

Salah letak Liverpool terus di puncak liga

Utusan Sarawak 3 months ago

Salah meraikan jaringan Diaz.

LIVERPOOL: Mohamed Salah meneruskan rentak jaringan untuk membantu Liverpool menewaskan Wolves 2-1 sekali gus kembali berkelebihan tujuh mata di persada Liga Perdana Inggeris (EPL).

Penyerang Mesir itu menyempurnakan sepakan penalti ketika pengendali, Arne Slot menyaksikan perlawanan di bangku simpanan.

Slot dilayangkan kad merah selepas aksi berdepan Everton tetapi dia masih ada masa untuk menjawab tuduhan Persatuan Bolasepak (FA) sehingga Rabu ini.

Liverpool mendahului seawal minit ke-15 hasil usaha keras Luis Diaz dan penyerang Colombia itu menamatkan rentetan 10 perlawanan tanpa gol selepas menyambut percubaan Salah yang terkena Toti Gomes.

Liverpool kemudian mendapat penalti selepas Diaz dijatuhkan penjaga gol Wolves, Jose Sa dan Salah mudah menyempurnakannya untuk gol ke-23 dalam liga setakat ini.

Wolves bagaimanapun merapatkan jurang menerusi Mateus Cunha sekali gus menyaksikan Liverpool gagal meraih perlawanan tanpa bolos di laman sendiri sejak 1 Disember.

Continue Reading

Previous: Liverpool kekal pilihan, tapi Arsenal dapat tonik baharu
Next: United tersungkur tangga ke-15

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.