Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Salah faham cetus pergaduhan
  • TEMPATAN

Salah faham cetus pergaduhan

Utusan Sarawak 5 years ago
INSIDEN pergaduhan yang berlaku di pasar Kota Sentosa,semalam.

KUCHING: Sekumpulan penjual sayur berkelahi kerana salah faham di pasar di Kota Sentosa pada jam 7.30 pagi semalam.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh salah seorang penjual sayur, yang dikenali Liew, pergaduhan itu melibatkan tiga lelaki yang bekerja di sebuah kedai kopi dan turut menjual sayur di sana.

Liew berkata, dan adiknya telah diarah supaya menggerak lori supaya mereka dapat membuat bisnes di tempat tersebut.

Bagaimanapun, Liew dan adiknya tidak bersetuju dan salah seorang daripada tiga lelaki tersebut menolak dan menumbuk Liew.

Liew mengalami kecederaan di muka, tangan dan kaki manakala seorang lagi adiknya yang berada di situ turut  tercedera.

Tiga lelaki tersebut juga membuat laporan polis.

Ketua Polis padawan, Superintenden Aidil Bolhassan berkata, kes terbabit masih disiasat.

Ketika dihubungi, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, Lo Khere Chiang berasa kecewa kerana pergaduhan berkenaan.

Beliau berkata memandangkan kedua-dua pihak adalah penjaja haram, pihak polis akan membuat siasatan.

Lo berkata, sebarang salah faham harus diselesaikan dengan baik tanpa melibatkan pergaduhan.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Pematuhan SOP di sekolah memuaskan
Next: Chee Kadir pantau kehadiran pelajar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.