Saham Tesla melonjak selepas kemenangan Trump dalam pilihan raya

Facebook
WhatsApp
Elon Musk berucap sambil disaksikan Trump ketika perhimpunan di tapak Butler, Pennsylvania, Amerika Syarikat pada 5 Oktober lalu.

ISTANBUL: Saham syarikat kenderaan elektrik gergasi, Tesla, mencatatkan peningkatan ketara susulan kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden pada Rabu, lapor Agensi Anadolu (AA).

Setakat jam 4.40 petang waktu tempatan, harga saham syarikat itu naik sekitar 13.3 peratus kepada AS$284.7.

Trump dijangka akan mengenakan tarif tambahan ke atas barangan import, termasuk kenderaan elektrik (EV), terutama dari China.

Situasi ini akan mengukuhkan dominasi Tesla dalam pasaran EV di AS.

Elon Musk, pemilik syarikat itu adalah seorang daripada penyokong terbesar Trump semasa proses pilihan raya. – Bernama-Anadolu

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi positif beberapa pasaran serantau. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh jangkaan kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) berikutan