Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Saham AS jatuh susulan tarif 104 peratus ke atas China
  • BISNES

Saham AS jatuh susulan tarif 104 peratus ke atas China

Utusan Sarawak 1 month ago
ORANG ramai menyeberang jalan di sebelah skrin yang menunjukkan saham di Shanghai pada 9 April 2025. Presiden AS Donald Trump meneruskan dengan tarif lebih 100 peratus terhadap barangan China selepas Beijing enggan menarik balik tindakan balasnya ketika ekonomi terbesar dunia itu berdepan dengan perang perdagangan telah menggegarkan pasaran global. Foto AFP

ISTANBUL: Saham di Amerika Syarikat (AS) ditutup rendah pada Selasa susulan ketegangan perdagangan yang semakin memuncak selepas Rumah Putih mengesahkan tarif ke atas barangan China akan meningkat lebih dua kali ganda, lapor Agensi Anadolu (AA).

AS sebelum ini mengumumkan bahawa ia akan mengenakan tarif sebanyak 104 peratus ke atas China bermula Rabu.

Saham Apple, yang mencatatkan kenaikan lebih empat peratus pada awal dagangan, ditutup susut hampir lima peratus.

Syarikat pengeluar iPhone itu kini mencatatkan kerugian lebih 22 peratus dalam tempoh empat hari dagangan lepas, berikutan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap tarif memandangkan kebanyakan iPhone dihasilkan di China.

Indeks Purata Perindustrian Dow Jones susut 0.84 peratus atau 320.01 mata untuk ditutup pada 37,645.59.

Indeks S&P 500 pula merosot 1.57 peratus atau 79.48 mata kepada 4,982.77, manakala Indeks Komposit Nasdaq jatuh 2.15 peratus atau 335.35 mata untuk mengakhiri dagangan pada 15,267.91.

Indeks Volatiliti CBOE (VIX), yang sering dirujuk sebagai ‘indeks ketakutan,’ melonjak 11.39 peratus kepada 52.33.

Dalam perkembangan berkaitan, Trump memaklumkan di media sosial pada Selasa bahawa beliau telah mengadakan perbualan telefon yang ‘baik’ dengan pemangku presiden Korea Selatan.

“Tarif boleh dikenakan secara tetap dan rundingan juga boleh diadakan,” kata Trump pada sidang media pada Isnin.

Beliau turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba, telah memberitahunya dalam satu panggilan telefon bahawa Jepun akan menghantar ‘pasukan terbaik untuk berunding.’

Trump berkata parameter ‘tegas tetapi adil’ sedang ditetapkan dan menggesa Jepun meningkatkan pembelian kereta Amerika, produk pertanian serta ‘banyak lagi barangan lain.’ – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Tengku Zafrul akan ketuai delegasi Malaysia ke Washington bincang isu tarif
Next: Sasar kutipan RM104 juta, peruntuk RM25 juta bina 100 menara telekomunikasi di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.