Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Sabung ayam: 3 warga emas antara 7 orang ditahan
  • JENAYAH

Sabung ayam: 3 warga emas antara 7 orang ditahan

Utusan Sarawak 11 months ago
TURUT dirampas beberapa ekor ayam sabung yang sudah mati.

MIRI: Tiga warga emas antara tujuh lelaki yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti sabung ayam di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, ACP Alexson Naga Chabu berkata, kesemua suspek berusia 26 hingga 72 tahun itu ditahan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dalam satu serbuan di kawasan Kampung Bersatu di sini pada 5.30 petang, semalam.

“Pasukan serbuan turut merampas pelbagai barang kes terlibat termasuk beberapa ekor ayam sabung yang sudah mati.

“Kesemua suspek telah direman selama dua hari sehingga 26 Jun ini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes ini telah disiasat di bawah Seksyen 73(1)(g) Ordinan Veterinar Kesihatan Awam 1999.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: KPDN rampas 28 tong gas LPG dari kedai dobi
Next: Kurang 12 jam selepas laporan, polis berkas dua lelaki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.