Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SABATI sumbang kit pencegahan Covid-19
  • TEMPATAN

SABATI sumbang kit pencegahan Covid-19

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Datuk Amar Juma’ani merakamkan gambar kenangan bersama ahli SABATI dan wakil PPDK.

KUCHING: Isteri Ketua Menteri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, telah menyerahkan Sumbangan dan Kit Pencegahan Covid-19 di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Sri Satok bersama Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-isteri (SABATI), pagi semalam.

Penyerahan Kit Pencegahan Covid-19 oleh SABATI semalam merangkumi 55 buah PPDK seluruh Sarawak dan lebih kurang 20 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) menerima sumbangan cecair pembasmi kuman termasuk dana khas berbentuk wang tunai turut diberikan.

Antara bentuk sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh Covid-19 ialah Personal Protective Equipment (PPE), pelitup separuh muka, cecair pembasmi kuman, ‘infra-red non-contact thermometers’, ‘walkie-talkies’, ‘intercom’, kamera litar tertutup, pendingin hawa, meja, kasut, selimut dan bantal untuk barisan hadapan di Hospital Umum Sarawak, Hospital Sentosa, Hospital Miri, Hospital Bintulu.

Program ini merupakan inisiatif SABATI dalam menjaga kebajikan dan khidmat bakti pada komuniti selain menyokong usaha barisan hadapan dalam mengekang penularan wabak virus Covid-19.

Program Khidmat Masyarakat ini melibatkan anak yatim, kanak-kanak berkeperluan khas, ibu tunggal, orang buta dan pekak, Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas serta mangsa bencana alam termasuk mangsa kebakaran.

Selain itu, SABATI turut memberi dana serta sumbangan kepada badan-badan kebajikan lain bagi menjayakan program-program dibawah kelolaan mereka.

Terdahulu, Pengerusi PPDK Sri Satok, Dato Dr. Munirah menegaskan operasi utama di pusat ini melibatkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti dan Pusat Aktiviti Warga Emas dan terdiri daripada 74 orang pelatih serta sembilan petugas.

Program disudahi dengan simbolik penyerahan sumbangan kepada wakil PPDK Sri Satok, PPDK Pakma Gading Daerah Lundu, PPDK Hidup Mesra Teng Bukap, barisan hadapan iaitu Jabatan Bomba, Angkatan Pertahanan Awam, Hospital Sentosa, Pusat Jantung Sarawak, Persatuan Ketua Polis (PERKEP), wakil mangsa kebakaran Rumah Panjang Tuai Rumah Naga Rasau, serta tiga buah sekolah iaitu SK Lepong Baleh Kapit, SK Bawai Kapit dan SK Manuan Kapit.

Continue Reading

Previous: KSN adakan perbincangan dengan SPRM
Next: 43 pelajar sertai Bengkel Grafik Senibina 1.0

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.