Sabah teruskan PKP sehingga 12 Mei

Facebook
WhatsApp
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah semalam  memutuskan untuk tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), seperti yang diumumkan Kerajaan Persekutuan Jumaat lepas.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerajaan negeri akan mengekalkan pelaksanaan PKP fasa empat yang berakhir pada 12 Mei ini.

“Saya menyeru rakyat untuk terus mematuhi PKP fasa empat yang sedang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Pada 1 Mei lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKPB yang akan bermula hari ini, memberi kebenaran kepada sebahagian besar sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan untuk beroperasi, selain kebenaran kepada beberapa aktiviti lain tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Bernama

PRN NS: 401 pusat mengundi dibuka 8.00 pagi

SEREMBAN: Sebanyak 401 pusat mengundi membabitkan 1,668 saluran bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 dibuka serentak bermula 8.00 pagi ini, membolehkan