Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Sabah: Penjawat awam ditahan, disyaki minta, terima rasuah RM130,000
  • JENAYAH

Sabah: Penjawat awam ditahan, disyaki minta, terima rasuah RM130,000

Utusan Sarawak 6 months ago

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan dua penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM130,000 daripada beberapa kontraktor melibatkan projek naik taraf dan penyelenggaraan tandas sekolah di negeri ini.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia 50-an itu ditahan ketika hadir bagi memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah di sini antara 7 dan 10 malam tadi.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada tahun lepas dengan meminta rasuah sebanyak 30 peratus daripada nilai projek dan disyaki menerima wang rasuah daripada kontraktor terbabit secara tunai dengan beberapa kali bayaran.

“SPRM turut merampas kira-kira RM90,000 wang tunai dan menyita dua kenderaan mewah yang dibeli hasil daripada wang rasuah tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan seorang suspek direman enam hari bermula hari ini manakala seorang lagi dijangka dilepaskan dengan jaminan SPRM setelah selesai memberikan keterangan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat bagi membantu siasatan.

Karunanithy turut menyeru kepada kontraktor yang pernah memberi wang suapan kepada mana-mana penjawat awam berkaitan apa juga projek untuk tampil memberikan maklumat kepada SPRM. — BERNAMA

Continue Reading

Previous: Gaduh pasal hasil jualan sayur
Next: Demi cinta ‘lelaki Korea’, wanita rugi RM87,841

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.