Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Rusia bina enjin pesawat elektrik pertama
  • GLOBAL

Rusia bina enjin pesawat elektrik pertama

Utusan Sarawak 2 years ago

"Ecolibri sedang membangunkan enjin elektrik EM-01, prototaip pertama daripada keluarga generasi baharu pertama enjin pesawat untuk pembangunan pesawat penumpang elektrik, termasuk pesawat yang berlepas dan mendarat menegak serta peralatan tanpa pemandu, yang dipercayai akan turut mendapat permintaan dalam industri automotif dan pembinaan kapal." - Pengerusi majlis saintifik dan teknikal Ecolibri Alexey Rogozin

MOSCOW:Pembangunan enjin pesawat berkuasa elektrik pertama untuk digunakan dalam pesawat penumpang dan kenderaan udara tanpa pemandu telah bermula di Rusia, kata biro kejuruteraan penerbangan Rusia Ecolibri kepada Sputnik.

“Ecolibri sedang membangunkan enjin elektrik EM-01, prototaip pertama daripada keluarga generasi baharu pertama enjin pesawat untuk pembangunan pesawat penumpang elektrik, termasuk pesawat yang berlepas dan mendarat menegak serta peralatan tanpa pemandu, yang dipercayai akan turut mendapat permintaan dalam industri automotif dan pembinaan kapal,” kata pengerusi majlis saintifik dan teknikal Ecolibri Alexey Rogozin.

Menurut pakar Ecolibri, enjin itu akan memenuhi keperluan pensijilan Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan Rusia dan peraturan penerbangan antarabangsa.

Ciri utama enjin EM-01 adalah unit pemacu elektrik dengan transmisi tanpa gear, yang akan meningkatkan prestasi, kebolehpercayaan dan jangka hayat enjin.

Ecolibri berkata, output enjin akan berada dalam julat 10 hingga 200 kilowatt-jam untuk memastikan pengangkutan yang cekap dan selamat bagi kargo bersaiz besar dan penumpang. –Bernama-Sputnik

Continue Reading

Previous: Jepun luluskan lesen kasino pertama negara
Next: Askar Indonesia dilaporkan hilang ditemukan terbunuh di Papua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.