Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Runtuhan Gudang: Operasi dan menyelamat mangsa diteruskan
  • JENAYAH

Runtuhan Gudang: Operasi dan menyelamat mangsa diteruskan

Utusan Sarawak 1 year ago
SERAMAI 18 pekerja warga asing dilaporkan terperangkap di bawah runtuhan sebuah kilang logistik dalam pembinaan di Batu Maung, malam tadi. Difahamkan, lima daripada mangsa telah dikeluarkan dari lokasi dan dibawa menaiki ambulans untuk menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang namun setakat ini, keadaan mangsa belum diketahui. FotoBERNAMA

GEORGE TOWN: Operasi mencari dan menyelamat empat mangsa dikhuatiri masih tertimbus dalam insiden runtuhan sebuah gudang logistik yang sedang dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas di sini, diteruskan sejak malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan tugasan mengalihkan struktur yang runtuh oleh jentera berat sedang dijalankan.

“Kren digunakan untuk mengalihkan struktur beam berat yang menghalang laluan masuk ke runtuhan dan kerja-kerja pengalihan ini memerlukan sedikit masa,” menurut JBPM dalam kenyataan pagi ini.

Kenyataan itu memberitahu anggota JBPM mengalami kesukaran dalam mengalihkan rasuk-rasuk yang terjatuh bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus.

“Kesukaran kita setakat ini ialah mengalihkan struktur yang terjatuh kerana ia melibatkan struktur konkrit yang berat dan besar. Kerja-kerja ini memerlukan jentera mesin untuk mengangkat dan membersihkan kawasan supaya pasukan penyelamat boleh akses kepada lokasi mangsa.

“Kita menggunakan kren dan khidmat anjing pengesan jika dikhuatiri ada mangsa yang tidak dilaporkan. Kita akan teruskan operasi sehingga semua mangsa dikeluarkan,” menurut kenyataan itu.

Setakat 6.00 pagi tadi, empat mangsa dilaporkan dikhuatiri masih tertimbus dalam runtuhan tapak binaan itu yang berlaku malam tadi, tiga disahkan maut manakala dua yang cedera parah sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang. – Bernama

Continue Reading

Previous: Runtuhan Gudang: Tiga pekerja maut, dua parah, empat tertimbus
Next: Bayi masih bertali pusat dibuang dalam belukar ditemukan hidup 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.