Rumah tidak berpenghuni di Kampung Tabuan Dayak terbakar

Facebook
WhatsApp
BOMBA sedang memadamkan api kebakaran di sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Tabuan Dayak terbakar hampir 60 peratus petang tadi. Foto BBP Tabuan Jaya

KUCHING: Rumah tidak berpenghuni di Kampung Tabuan Dayak terbakar hampir 60 peratus petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya, TPgB II Tan Min Chai berkata tindakan pantas pihak bomba berjaya menghalang kebakaran daripada merebak ke dua rumah bersebelahan yang terletak hanya lima meter dari premis terbakar.

BOMBA sedang memadamkan api kebakaran di sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Tabuan Dayak terbakar hampir 60 peratus petang tadi. Foto BBP Tabuan Jaya

Pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran 300 kaki, dua nozel air dari pam jentera serta pili bomba berdekatan. Kerja-kerja pemadaman dijalankan sehingga tiada lagi punca nyalaan di lokasi.

Pihak polis turut berada di lokasi bagi memastikan keselamatan kawasan.

Tiada kecederaan dilaporkan, manakala punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Pihak bomba menggesa orang ramai supaya sentiasa mematuhi langkah keselamatan kebakaran bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis