Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rumah Terbuka Awang Tengah dibanjiri ribuan pengunjung
  • Utara
  • WILAYAH

Rumah Terbuka Awang Tengah dibanjiri ribuan pengunjung

Utusan Sarawak 2 months ago
SEKITAR majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di sebuah hotel terkemuka di Lawas, petang tadi.

LAWAS: Ribuan penduduk Lawas berkunjung ke majlis Rumah Terbuka Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di sebuah hotel terkemuka di Lawas petang tadi.

Turut hadir menyambut ketibaan orang ramai ialah Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang, Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa serta kenamaan lain.

Majlis diserikan juga dengan persembahan tarian singa oleh Persatuan Kebudayaan Cina Lawas.

DATUK Amar Awang Tengah Ali Hasan menyambut ketibaan para tetamu yang hadir pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran beliau di sebuah hotel terkemuka di Lawas, petang tadi.

Majlis Rumah Terbuka tersebut, yang diadakan selama dua hari, iaitu hari ini dan esok bermula 2.00 petang dan berakhir pada 6.00 petang tadi.

Sementara itu, majlis pada esok hari pula akan diadakan bermula 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Selain itu, Awang Tengah juga dijangka menghadiri majlis Rumah Terbuka Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Lawas di Banting, diikuti dengan majlis keluarga di Kuala Lawas.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pekan Sebauh kini dalam fasa transformasi
Next: Pembinaan rumah panjang terus diberi perhatian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.