MIRI: Lapan penghuni berdepan detik cemas apabila rumah yang didiami musnah dalam kebakaran di Kampung Lereng Bukit, di sini, hari ini.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentral Miri digerakkan ke lokasi sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 2.10 petang.
“Pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal terbakar 100 peratus.
“Bagaimana pun, kesemua penghuni rumah berjaya menyelamat diri semasa kejadian,” katanya.
Operasi pemadaman itu turut dibantu oleh pasukan bomba dari BBP Lopeng.
Gambar
Kebakaran di Kampung Lereng Bukit, Miri hari ini dengan anggota bomba berusaha memadam.