Rumah setinggan di Jalan Kumus Bintulu musnah dalam kebakaran

Facebook
WhatsApp
PASUKAN bomba sedang menjalankan operasi pemadaman dalam kejadian kebakaran sebuah rumah setinggan di hadapan Harison Trading, Jalan Kumus, Bintulu.

BINTULU: Sebuah rumah setinggan berstruktur separa kekal di hadapan Harison Trading, Jalan Kumus di sini musnah dalam satu insiden kebakaran petang, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada 2.19 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong tiba empat minit kemudian.

PASUKAN bomba sedang menjalankan operasi pemadaman dalam kejadian kebakaran sebuah rumah setinggan di hadapan Harison Trading, Jalan Kumus, Bintulu.

“Seramai 13 anggota bersama bantuan BBP Bintulu digerakkan ke lokasi dengan kekuatan tiga jentera dan satu ‘water tanker’,” katanya dalam satu kenyataan.

Kebakaran melibatkan anggaran 60 peratus kemusnahan dengan keluasan sekitar 100 x 80 kaki persegi.

PASUKAN bomba sedang menjalankan operasi pemadaman dalam kejadian kebakaran sebuah rumah setinggan di hadapan Harison Trading, Jalan Kumus, Bintulu.

“Operasi pemadaman dilakukan menggunakan beberapa aliran hos sebelum api berjaya dikawal pada 3.25 petang,” katanya.

Operasi ditamatkan pada 4.02 petang selepas keadaan disahkan selamat dan tiada lagi risiko kebakaran merebak.

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis