Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah semi-D dua tingkat musnah dalam kebakaran
  • KEBAKARAN

Rumah semi-D dua tingkat musnah dalam kebakaran

Utusan Sarawak 7 hours ago
MUSNAH…Keadaan sebuah rumah semi-D dua tingkat di Pujut 2B yang musnah terbakar petang tadi.
Foto: BBP Lopeng

MIRI: Sebuah rumah semi-D dua tingkat di Pujut 2B hangus terbakar dalam kejadian petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.55 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng digerakkan ke lokasi.

Katanya, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO), didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah berkeluasan 40 x 60 kaki yang telah terbakar 100 peratus.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua nozel sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan petang tadi.

Operasi itu tamat sepenuhnya pada 7.20 malam.

Bagaimanapun, tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu, manakala punca dan jumlah kerugian masih disiasat.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran musnahkan satu daripada 12 pintu rumah panjang Senggat Batu 8 Jalan Kubong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.