SIBU: Sebuah rumah sarang burung walit musnah dalam kebakaran di Rantau Panjang, dekat sini tengah hari tadi.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah menerima panggilan kebakaran lalang pada 12.34 tengah hari.
“Setibanya di lokasi kebakaran, lalang telah merebak ke rumah sarang burung jenis struktur tidak kekal yang telah terbakar 100 peratus,” katanya menerusi kenyataan.
Katanya, pasukan keluaran operasi (PKO) BBP Sungai Merah membuat pemadaman dengan mengunakan dua aliran dua pancutan salur bantu mula pam jentera sumber air terbuka sungai berdekatan.
“PKO BBP Sungai Merah membuat pemadaman secara ‘offensive’ kiri dan kanan rumah sarang burung walit tersebut sehingga padam sepenuhnya.
“Kebakaran tiada melibatkan mangsa dan operasi tamat pada 2.08 petang,” katanya.