Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah pekerja enam pintu musnah terbakar
  • KEBAKARAN

Rumah pekerja enam pintu musnah terbakar

Utusan Sarawak 2 months ago
SISA runtuhan dan bara api masih kelihatan selepas kebakaran memusnahkan rumah pekerja enam pintu di Tatau.

BINTULU: Sebuah rumah pekerja membabitkan enam pintu musnah dalam insiden kebakaran di Tatau, malam tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.51 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau diarahkan ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan rumah jenis teres berstruktur tidak kekal dengan keluasan 20×90 kaki persegi dan terbakar 100 peratus

“Penduduk setempat cuba memadamkan api menggunakan 10 unit alat pemadam api mudah alih, namun gagal,” katanya.

Pasukan bomba bertindak pantas menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki dengan dua nozel serta satu aliran salur bantu mula pam dari jentera menggunakan sumber air terbuka. 

Kesemua penghuni dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Punca kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Bomba siasat punca kebakaran, jumlah kerugian dua kenderaan musnah terbakar  
Next: Rumah separuh kekal dua tingkat, kereta, motosikal musnah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.