Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Rumah panjang hangus di Tinjar, 330 penghuni hilang tempat tinggal
  • KEMALANGAN

Rumah panjang hangus di Tinjar, 330 penghuni hilang tempat tinggal

Utusan Sarawak 8 months ago

Anggota bomba berusaha memadam kebakaran.

MIRI: Sebanyak 330 penghuni rumah panjang, Rumah Niga yang terletak di Nyiro, Tinjar dekat sini,  tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 12.17 tengah hari.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya dilokasi di dapati kebakaran melibatkan satu blok rumah panjang 46 pintu jenis tidak kekal yang telah terbakar 100 peratus.

 “Kejadian itu menjejaskan 330 orang mangsa.

“Didapati seorang mangsa wanita cedera ringan dilaporkan setakat ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini. 

Setakat jam 5.30 petang,  pasukan bomba masih melaksanakan operasi memadamkan sisa kebakaran.

Continue Reading

Previous: Helikopter mendarat cemas di Penampang, 4 petugas KKM selamat
Next: Lelaki cedera motosikal bertembung kereta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.