Rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Rampangi

Facebook
WhatsApp

PETRA JAYA: Sebuah rumah kayu musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Lorong Merbau 9A, Kampung Rampangi, di sini petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan pada 6.56 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya tiba di lokasi kira-kira 7.05 malam.

Komander Operasi, Awang Ismail Awang Masri berkata, kebakaran melibatkan rumah berkeluasan kira-kira 16×20 kaki persegi yang terbakar 100 peratus.

“Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran pada 7.16 malam sekali gus mengelakkan api daripada merebak ke kawasan berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, rumah berkenaan didiami dua individu, namun kedua-duanya tidak berada di rumah ketika kejadian.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut.

Operasi pemadaman melibatkan lapan anggota dengan kekuatan satu jentera Penyelamat Kebakaran (FRT) dan satu unit Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS).

Kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh sedang dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

Buruh ditahan miliki syabu di Selangau

SELANGAU, 20 Oktober: Polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 26 tahun serta merampas dadah disyaki jenis Syabu, semalam. Ketua Polis