Rumah kebun musnah terbakar di Jalan Sungai Kedang, Pakan Wak

Facebook
WhatsApp

PEMANTAUAN….Pihak bomba membuat pemantauan di kawasan rumah kebun yang telah musnah terbakar. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Sebuah rumah kebun dilaporkan musnah dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Sungai Kedang, Pakan Wak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 11.57 pagi, semalam.

“Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Haron Jenai bersama seorang anggota segera dikerahkan ke lokasi kejadian. Setibanya di lokasi, didapati sebuah rumah kebun telah musnah terbakar,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan kebakaran berlaku sekitar  5.30 petang pada 27 Jun lalu, namun hanya dilaporkan kemudian.

“Rumah tersebut adalah struktur tidak kekal dan jarang didiami. Tiada penghuni semasa kejadian,” jelas beliau.

Tambah Mahmudin, pihak bomba hanya melakukan pemantauan dan mendapatkan maklumat lanjut daripada pengadu berhubung kebakaran tersebut.

Oleh Earl Anek

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis