Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah di Kampung Sibuluh terbakar
  • KEBAKARAN

Rumah di Kampung Sibuluh terbakar

Utusan Sarawak 2 months ago
DETIK CEMAS… Anggota bomba giat memadam kebakaran melibatkan rumah pekerja di Kampung Sibuluh, Bau tengah hari tadi.

BAU: Sebuah rumah pekerja di Kampung Sibuluh, Bau mengalami kebakaran sebanyak 30 peratus dalam kejadian tengah hari tadi. 

Komander Operasi, PBK I Nelson Phang menjelaskan, tindakan pantas pasukan bomba berjaya menghalang api daripada merebak ke struktur lain.  

“Setibanya di lokasi, kami mendapati kebakaran telah memusnahkan sekitar 30 peratus rumah pekerja tersebut. 

“Pasukan kami segera menjalankan pemadaman bagi mengawal api dan memastikan kebakaran tidak merebak. 

“Api berjaya dikawal sepenuhnya pada 1.41 petang dan operasi ditamatkan empat minit kemudian setelah keadaan disahkan selamat,” katanya dalam satu laporan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.59 tengah hari dan segera mengerahkan jentera ke lokasi sejauh 10 kilometer (km). 

Operasi tersebut melibatkan lima anggota bomba bersama satu jentera FRT dan satu EMRS, dengan Ketua Balai, PKPgB Zainuddin Bin Ngatdemon, turut hadir di lokasi bagi memantau situasi.  

Pihak bomba mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan memastikan langkah keselamatan kebakaran dipatuhi bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Continue Reading

Previous: Tiada pili bomba jejas operasi padam kebakaran
Next: Litar pintas punca kebakaran kecil makmal JKNS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.