Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah bilik sewa musnah terbakar di Pujut Sungai Adong, lapan penghuni terselamat
  • KEBAKARAN

Rumah bilik sewa musnah terbakar di Pujut Sungai Adong, lapan penghuni terselamat

Utusan Sarawak 6 hours ago
MUSNAH…Rumah bilik sewa di Kampung Pujut Sungai Adong musnah dalam kebakaran awal pagi tadi, namun semua lapan penghuni daripada dua keluarga berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.

MIRI: Lapan penghuni daripada dua keluarga berdepan detik cemas apabila rumah yang dijadikan bilik sewa di Jalan 1B, Kampung Pujut Sungai Adong di sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran awal pagi tadi.

 Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.42 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi.

 “Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah struktur tidak kekal yang dijadikan bilik sewa telah terbakar 100 peratus dengan anggaran keluasan 60×40 kaki persegi.

ANGGOTA bomba giat memadamkan kebakaran rumah bilik sewa di Kampung Pujut Sungai Adong awal pagi tadi.

“Dua keluarga yang melibatkan seramai lapan penghuni berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi pemadaman dijalankan oleh sepasukan anggota BBP Lopeng dengan bantuan BBP Miri, menggunakan dua aliran sepanjang 200 kaki, dua nozel serta satu aliran salur bantu mula dengan sumber air daripada pili bomba berhampiran.

Kebakaran berjaya dikawal pada 2.00 pagi sebelum operasi overhaul dijalankan bagi memastikan tiada bara api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Enam kenderaan musnah terbakar di bengkel

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.