Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rumah Anthony terima sumbangan bekalan makanan
  • TEMPATAN

Rumah Anthony terima sumbangan bekalan makanan

Utusan Sarawak 4 years ago
UNTUK ALBUM… Wakil Dato’ Sri Huang Tiong Sii menghantar bantuan makanan ke Rumah Anthony, Simpang Koko, Sungai Paoh pada Jumaat.

SARIKEI: Rumah Anthony, Simpang Koko, Sungai Paoh telah menerima sumbangan bekalan makanan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Sumbangan bekalan makanan ke rumah panjang tersebut dihantar oleh wakil Huang pada Jumaat.

Jurucakap Pusat Khidmat Repok berkata, Rumah Anthony adalah sepanjang 21 pintu yang didiami lebih kurang 50 penduduk.

“Rumah Anthony di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 25 Jun hingga 11 Julai 2021.

“Oleh itu, bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh penduduk, ADUN Repok menyumbangkan sumbangan bekalan makanan kepada mereka,” katanya.

Jurucakap tersebut berkata demikian ketika dihubungi pemberita, pagi semalam.

Ujarnya, antara barangan bekalan makanan yang dihantar ialah beras, minyak masak, telur, mee segera dan sebagainya.

Sehubungan itu, Huang berharap penduduk sentiasa bersabar dan mematuhi arahan PKPD.

“Beliau juga berpesan supaya penduduk sentiasa mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian.

“Selain itu, beliau berharap penduduk rumah panjang tersebut mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19,” ujarnya.

Oleh EARL ANEK

Continue Reading

Previous: JPBB berhak tahan pembayaran, batalkan kontrak hotel
Next: Rangka kerja pemulihan pelancongan siap – MOTAC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.