Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rosey tinjau kerosakan jalan, jambatan di Rumah Nor Ebit
  • Utara
  • WILAYAH

Rosey tinjau kerosakan jalan, jambatan di Rumah Nor Ebit

Utusan Sarawak 4 weeks ago
SEBUAH jambatan berada dalam keadaan rosak teruk dan berbahaya untuk dilalui oleh semua jenis kenderaan.

BATU NIAH: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak, Datuk Rosey Yunus, telah mengadakan lawatan ke Rumah Nor Ebit di sini semalam bagi meninjau keadaan jalan dan jambatan yang rosak akibat banjir yang melanda kawasan tersebut pada awal Februari lalu.

Menurut Rosey, lawatan tersebut dibuat susulan makluman daripada penduduk rumah panjang mengenai kerosakan infrastruktur yang semakin membimbangkan.

DUA kawasan jalan tanah yang berlubang besar.

“Hasil tinjauan mendapati sebuah jambatan berada dalam keadaan rosak teruk dan berbahaya untuk dilalui oleh semua jenis kenderaan.

“Kami juga menemui dua kawasan jalan tanah yang berlubang besar serta satu kawasan jalan yang telah runtuh bersama kalvert,” katanya.

Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata, pihaknya telah menyerahkan isu tersebut kepada Majlis Daerah Subis untuk menjalankan penilaian serta membuat anggaran kos pembaikan.

SATU kawasan jalan yang telah runtuh bersama kalvert.

“Sebarang pembangunan di kawasan tersebut perlu dibuat secara teliti kerana ia berhampiran dengan Taman Negara Niah, yang kini telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut memberi komitmen untuk membantu penduduk rumah panjang terbabit, yang terdiri daripada 10 pintu rumah, dalam mendapatkan kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pegawai Majlis Daerah Subis, Penghulu Pui Kuan Phen, Kapitan William Thien dan Kaunselor Sulaiman Ahmad.
Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ahli Majlis tonggak penting pembangunan komuniti
Next: Buaya kena jerat berjaya diselamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.