LEIPZIG (Jerman): Cristiano Ronaldo mencipta sejarah sebagai pemain lelaki pertama beraksi dalam enam Kejohanan Eropah apabila tampil dalam perlawanan Portugal menentang Republik Czech, semalam.
Portugal bangkit menewaskan Republik Czech 2-1 dalam saingan Kumpulan F Euro 2024 di Stadium Leipzig.
Ronaldo, 39, sudah mempunyai rekod untuk kebanyakan perlawanan Euro (26), gol (14) dan jaringan gol pada lima edisi kejohanan itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Rakan sepasukan Ronaldo, Pepe, juga mencipta sejarah sebagai pemain lelaki tertua dalam Kejohanan Eropah selepas memulakan perlawanan menentang Republik Czech.
Pemain pertahanan yang berusia 41 tahun dan 113 hari memecah rekod pemegang terdahulu, Gabor Kiraly dari Hungary, dengan perbezaan lebih setahun.
“Semua orang tahu betapa saya bekerja keras untuk berada di sini hari ini. Ia adalah perlawanan yang sukar.
“Pasukan itu bermain dengan luar biasa dan sentiasa mengawal permainan,” kata Pepe kepada pemberita. – Bernama – dpa