Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM841 juta untuk projek pembangunan di Limbang
  • TEMPATAN

RM841 juta untuk projek pembangunan di Limbang

Utusan Sarawak 5 years ago
PROJEK JALAN RAYA… Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama Dr Abdul Rahman danPaulus Palu pada majlis pecah tanah Jalan Pesisir Ipai Pendam yang amat dinantikan penduduk setempat.

LIMBANG: Melalui Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA), Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM841 juta untuk  melaksana projek infrastruktur dan  kemudahan sosial di bahagian ini untuk tempoh dua tahun.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar  Awang Tengah Ali Hasan berkata sebanyak 165 projek pembangunan dikenal pasti untuk dilaksanakan di bawah NRDA yang merangkumi infrastruktur asas, ekonomi, pertanian, keusahawanan dan sebagainya.

Menurutnya lagi, bagi projek baik pulih dan naik taraf sekolah di bahagian ini sejumlah  RM160 juta dibelanjakan untuk tujuan sama.

“Kerajaan Sarawak  meluluskan peruntukan RM1.5 bilion di bawah NRDA melibatkan  projek infrastruktur (RM841  juta), naik taraf sekolah daif (RM160 juta), bekalan air dan elektrik, pertanian, penternakan dan pelancongan di Limbang dan Lawas,” katanya  pada Majlis Pecah Tanah Projek Jalan Kampung Pendam ke Kampung Ipai di sini petang semalam.

Turut hadir  Menteri Muda Pemodenan Pertanian Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang,Pengarah Wilayah NRDA Datu Ubaidillah Abdul Latif dan Timbalannya Sebi Abang dan Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said.

Awang Tengah juga memberitahu terdapat banyak agensi terlibat sama dalam memastikan projek dilaksanakan.

Pada masa yang sama, NRDA adalah langkah strategik yang dibuat oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk memfokuskan bentuk sumber yang perlu dibangunkan dan melihat program bersesuaian berpandukan kepada kekuatan Sarawak.

“Matlamat kerajaan adalah untuk  memastikan wilayah yang ada akan dapat dibangunkan mengikut perancangan dan  merapatkan jurang pembangunan,”ujarnya.

Selain itu,  Sarawak akan terus berusaha untuk mendapatkan pendapatan  melalui sumber lain dan akan di selaraskan untuk mencapai kumpulan sasar.

NRDA dilihat sebagai antara pendekatan strategik Kerajaan Sarawak ke arah memperkasakan usaha pembangunan di kawasan pedalaman serta luar bandar di seluruh pelosok Sarawak.

Pada masa sama katanya Abang Johari juga akan membina lebih banyak  jalan pesisir termasuk di Limbang dan Lawas dan, NRDA diberi tanggungjawab sebagai pelaksana projek penting ini.

“Hari ini kita melihat projek menaik taraf jalan pesisir Kampung Ipai sehingga Pendam sejauh 13 kilometer, sejumlah  RM35 juta dibelanjakan dan dijangka siap Julai tahun hadapan.

Sementara itu projek penyambungan saluran paip  Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dari simpang Mekasing/ Ukong hingga ke Medamit bernilai RM10 juta dijangka siap pada Oktober tahun ini.

Oleh Adeng Idrus

Continue Reading

Previous: Operasi SAR mangsa baham buaya ditamatkan
Next: Projek Rakyat giat dilaksanakan di Bekenu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.