Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM80 juta untuk melaksanakan 50 projek pembinaan jambatan di kawasan Mulu dan Telang Usan
  • Utara
  • WILAYAH

RM80 juta untuk melaksanakan 50 projek pembinaan jambatan di kawasan Mulu dan Telang Usan

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATUK Amar Douglas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Jalan MMMLL Pakej 2, Fasa 1 bertempat di hadapan Rh Stephen Poyut Lubok Nibong. Foto : Jiku Juguong

MARUDI: Sebanyak RM80 juta untuk projek pembinaan jambatan di kawasan Mulu dan Telang Usan dan daripada jumlah tersebut, RM36 juta adalah untuk kawasan Telang Usan untuk melaksanakan pembinaan jambatan di 28 tempat di kawasan berkenaan.

Sementara itu, RM44 juta adalah untuk kawasan Mulu untuk membina  22 tempat jambatan di kawasan ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, daripada 28 jambatan dibina di Telang Usan hanya lima jambatan sudah siap.

  PENGHARGAAN…Datuk  Haji Ismawi Ismuni menyampaikan cenderamata kepada Datuk Amar Douglas Uggah. Foto : Jiku Juguong

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Agensi Pembangunan Tanah Tinggi ( HDA ) berkata, pihak HDA telah banyak membina jalan dan jambatan dan begitu juga Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) yang mempunyai banyak program di mana RECODA juga telah diperuntukan RM1 bilion untuk membina jalan kecil.

Dalam pada itu, beliau menegaskan HDA telah membina 20 jalan raya utama iaitu sembilan sudah siap, sembilam akan siap tahun ini dan dua lagi mungkin lambat dibina yang menelan kos hampir RM11 bilion.

“Rangkaian jalan dan jambtan amat penting sekali untuk membolehkan rakyat berpindah ke suatu tempat, bergerak ke suatu tempat dan juga membolehkan rakyat meningkatkan ekonomi mereka,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Majlis Pecah Tanah, Projek Jalan Miri-Marudi, Marudi-Mulu ( Kuala Melinau ) dan Long Panai-Long Lama (MMMLL) ; Pakej 2, Fasa1 ( Kick Off Projek 2 ) bertempat KM0, Tapak Projek Kick Off projek 2 (Berdepan dengan Rh Stephen Kalong ) Poyut Lubok Nibong Marudi.

Menurut beliau, HDA hampir membelanja RM700 juta untuk jalan raya dan semua peruntukan ini adalah hasil dari kerajaan Sarawak.

Tambahnya, projek MMMLL akan menjadi realiti di mana kerjaan Gabungan Parti Srawak (GPS ) adalah untuk membangunkan infrastruktur di seluruh Sarawak.

“Sebab itu kerjaan GPS membangunkan infrastruktur yang cukup rancak pada tahun ini dan inilah era di mana satu gerakan membinakan infrastruktur di seluruh Sarawak membina jalan begitu pantas sekali,” tambah Douglas.

Malah, tegasnya Premier juga tidak lupa kawasan pedalaman khususnya di kawasan Baram dan kerajaan pimpinan Premier mengambil tindakan yang tegas dan pantas bahawa kerajaan GPS yang mengambil alih pembinaan jalan di seluruh Sarawak.

Dalam pada itu, beliau turut menkankan bahawa HDA dan RECODA akan bekerjasa sama untuk meningkatkan ekonomi di kawasan pedalaman kerana matlamat kita selari dengan Post Covid 2030, di mana pendapatan rakyat harus ditingkatkan supaya rakyat senang.

“Harap rakyat sabar menunggu dan yang penting GPS menepati janji untuk membina jalan dan berharap pihak kontraktor juga dapat menyiapkan jalan-jalan ini dipercepatkan,” harapan beliau.

Turut hadir, Datuk Gerawat Gala, Datuk Dr Penguang Manggil,  Datuk Haji Ismawi Ismuni, Dato Dennis Ngau, Residen Bahagian Miri Galong Luang dan yang lain.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BBP Bintangor zahir penghargaan kepada PBK I Haron Jenai
Next: RM200,000 untuk naik taraf penghawa dingin Hospital Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.