Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • RM371,199 lesap, ‘gelap mata’ untung lumayan
  • JENAYAH

RM371,199 lesap, ‘gelap mata’ untung lumayan

Utusan Sarawak 2 months ago

SIBU: Satu laporan polis telah dibuat berhubung penipuan perniagaan dalam talian yang tidak wujud oleh seorang lelaki tempatan berusia awal 60-an.

Mangsa dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM371,199 .

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata dalam satu kenyataan mendedahkan bahawa seorang pesara dari Daerah Sibu membuat beberapa transaksi kewangan ke dalam akaun bank yang disediakan oleh suspek.

Katanya, mangsa dihubungi di rumah oleh individu tidak dikenali pada hujung Februari lalu menerusi WhatsApp.

Suspek menawarkan peluang untuk mendaftar perniagaan dalam talian kepada mangsa.

Mangsa tertarik dengan janji pulangan yang tinggi, menyebabkan dia meneruskan untuk berhubung dengan suspek dan melakukan pemindahan wang bermula awal bulan ini.

Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu setelah tidak menerima sebarang keuntungan.

Orang ramai diminta supaya berhati-hati dengan tawaran perniagaan dalam talian yang kian membimbangkan dalam masyarakat.

OLEH CONNIE CHIENG

Continue Reading

Previous: Bertengkar angkara ‘rem’ kereta
Next: Polis Lawas terima laporan kes kecurian di kaunter hotel

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.