Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM35,000 diperuntuk bantu JKKK dan Biro Wanita rumah panjang di Baleh
  • Tengah
  • WILAYAH

RM35,000 diperuntuk bantu JKKK dan Biro Wanita rumah panjang di Baleh

Utusan Sarawak 3 weeks ago
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh, Nicholas Kudi Jantai. -Foto UKAS

BALEH: Sebanyak RM35,000 disalurkan kepada komuniti rumah panjang di kawasan Sungai Kain, Baleh sebagai usaha memperkasakan pentadbiran dan peranan wanita luar bandar.

Peruntukan tersebut diumumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh, Nicholas Kudi Jantai semasa merasmikan Program WaiFM Datai Nemuai yang berlangsung di Rumah Garie Anak Timbang, Nanga Sempang, Sungai Kain, Baleh, Kapit pada Sabtu.

Dalam majlis tersebut, Nicholas Kudi mengumumkan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Garie Timbang untuk memperkasa program pembangunan komuniti.

Selain itu, lima buah rumah panjang di kawasan sekitar turut menerima sumbangan sebanyak RM3,000 setiap satu kepada Biro Wanita mereka, iaitu Rumah James (Nanga Sepetai), Rumah Bajai (Nanga Kain), Rumah Cherry Mudan (Nanga Senyar), Rumah Jampang (Nanga Anchau) dan Rumah Ensong (Batu Babi).

PROGRAM WaiFM Datai Nemuai ini dianjurkan oleh WaiFM dengan kerjasama Jabatan Pertanian Sarawak dan Pusat Khidmat N.64 Baleh. -Foto UKAS

Program WaiFM Datai Nemuai ini dianjurkan oleh WaiFM dengan kerjasama Jabatan Pertanian Sarawak dan Pusat Khidmat N.64 Baleh dan dihadiri lebih 450 orang penduduk setempat.

Majlis berlangsung meriah dari jam 4.30 petang hingga tengah malam. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SADA perkukuh kerjasama dengan SEDC, bangunkan industri pertanian di Sri Aman
Next: ADUN Kalaka bantu selesai isu air bersih terjejas kebakaran di SK Perpat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.