
HULU LANGAT, 26 Dis -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media selepas program gotong-royong Keluarga Malaysia di sekitar Hulu Langat hari ini. Turut kelihatan, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang (kiri). --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA HULU LANGAT, Dec 26 -- Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob at a press conference after the Malaysian Family 'gotong-royong' programme around Hulu Langat today. Also seen, Malaysian Amed Forces (MAF) Chief Gen Tan Sri Affendi Buang (left). --fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHT RESERVED

akan menggunakan mekanisme Kelestarian dicapai melalui Kecekapan Tenaga (SAVE) iaitu penerima boleh mula membuat pembelian di premis terpilih atau secara dalam talian bermula 7 Januari 2022 .• Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
KUALA LUMPUR: Bagi tujuan pemulihan ekonomi pasca banjir, sejumlah RM33 juta daripada RM93 juta permohonan Pinjaman Mikro Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk isi rumah telah diluluskan sehingga 1 Januari lepas, sejak dilancarkan pada 27 Disember 2021, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, bagi sumbangan Rangkaian Tindak Balas Bencana Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GDRN), sebanyak 60 peratus daripada sumbangan berjumlah RM58 juta telah berjaya dilaksanakan.
“Susulan pengumuman kerajaan mengenai pemberian Baucer Pembelian Barangan Elektrik, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KetSA) akan menggunakan mekanisme Kelestarian dicapai melalui Kecekapan Tenaga (SAVE) iaitu penerima boleh mula membuat pembelian di premis terpilih atau secara dalam talian bermula 7 Januari 2022.
“Pada tarikh yang sama, diskaun dan Baucer Pembaikan Kenderaan juga akan terpakai bagi pembaikan dari 19 Disember 2021,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Task Force Pengurusan Pasca Banjir Bencana Monsun Timur Laut 2021/2022, semalam.
Perdana Menteri turut menerima taklimat status tindakan daripada enam kluster yang telah ditubuhkan bagi mengurus inisiatif Pasca Banjir Bencana Monsun Timur Laut 2021/2022.
Sabri berkata, permohonan bagi Pinjaman Bantuan Bencana untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Bank Negara Malaysia (BNM) telah mula dibuka untuk permohonan pada 27 Disember 2021.
“Permohonan moratorium sehingga enam bulan bagi pinjaman sedia ada boleh dibuat bermula 19 Disember 2021,” katanya.
Bagi pinjaman TEKUN untuk PMKS yang telah diumumkan pada 20 Disember lepas, katanya pelaksanaan telah pun bermula pada 1 Januari 2022, melibatkan dana sebanyak RM30 juta.
“Bagi inisiatif Pembersihan dan Pembaikan Infrastruktur Awam, dana berjumlah RM25 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri,” katanya.
– Bernama