Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM200,000 diperuntuk naik taraf dewan SK To’ Eman Nyabor di Kabong
  • Tengah
  • WILAYAH

RM200,000 diperuntuk naik taraf dewan SK To’ Eman Nyabor di Kabong

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PENGHULU Kampung Sessang, Kamaluddin Rambli mewakili ADUN Kabong merasmikan majlis Ramah Tamah ‘Raya Lain Macam’ di Dewan SK To’ Eman Nyabor, semalam. Foto: SK To’ Eman Nyabor

KABONG: Peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) berjumlah RM200,000 diperuntukkan bagi projek menaik taraf dewan Sekolah Kebangsaan (SK) To’ Eman Nyabor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata projek menaik raraf dewan sekolah tersebut merangkumi penaiktarafan sistem pendawaian elektrik kepada tiga fasa, pemasangan kipas dan penghawa dingin yang baharu.

“Usaha menaik taraf kemudahan dan sekolah-sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong akan terus diberikan perhatian dan diutamakan, ini penting bagi memastikan pelajar serta warga pendidik di sekolah-sekolah di konstituensi ini menikmati situasi dan suasana pembelajaran selesa dan sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan majlis Ramah Tamah ‘Raya Lain Macam’ di Dewan SK To’ Eman Nyabor, semalam. Penghulu Kampung Sessang, Kamaluddin Rambli telah mewakili ADUN Kabong bagi merasmikan majlis tersebut.

Chee Kadir berkata sebagai wakil rakyat di kawasan itu, beliau akan membantu apa sahaja program yang memberi manfaat bagi meningkatkan kualiti pendidikan pelajar di DUN Kabong ini khasnya.

“Dan saya juga akan terus meminta kerjasama daripada pihak sekolah serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Saratok untuk memastikan bantuan serta kemudahan prasarana sekolah-sekolah di daerah ini berada pada tahap yang lebih baik,” jelasnya.

Dalam pada itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK To’ Eman Nyabor turut menzahirkan penghargaan atas sumbangan khas sebanyak RM7,000 yang telah diumumkan kepada persatuan ini bagi memperkasakan aktiviti dan sokongan pendidikan di sekolah ini. 

“Sesungguhnya komitmen ini amat kami hargai dan menjadi dorongan besar buat kami untuk terus melangkah ke hadapan,” katanya.

Turut hadir Penolong Pegawai Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah Saratok, Zulkarnain Ahmad, Guru Besar SK To’ Eman Nyabor, Kiplie Ali, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), Sarjan Pegawati Saidah Reduan, Ketua Kampung Nyabor Baru, Bakihan Nani dan Ketua Kampung Nyabor Tradisi/Lama, Abang Ahmad Abang Ali.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Inisiatif SejaTi MADANI perkasa ekonomi kampung di Saratok
Next: Ular sawa satu meter berjaya ditangkap APM Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.