Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM20,000 untuk kelab, persatuan IPD Meradong
  • Tengah
  • WILAYAH

RM20,000 untuk kelab, persatuan IPD Meradong

Utusan Sarawak 2 months ago
SERAH MRP…. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menyerahkan sumbangan MRP kepada KPD Meradong, DSP Sekam Anoi. 

BINTANGOR: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, merangkap Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii menyumbangkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah keseluruhan RM20,000 kepada kelab, dan persatuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong.

Sumbangan tersebut bertujuan menyokong kebajikan dan aktiviti warga IPD Meradong, selaras dengan usaha memperkasakan institusi keselamatan dan hubungan komuniti.

“Anggota polis merupakan barisan hadapan yang sentiasa berkhidmat tanpa mengira waktu demi menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat. 

“Kita perlu menghargai komitmen mereka dalam menjalankan tugas yang mencabar ini,” katanya ketika berucap pada sambutan peringatan Hari Polis ke-218 Peringkat IPD Meradong di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Meradong, hari ini. 

Huang turut menzahirkan penghargaan terhadap usaha berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras jenayah termasuk jenayah siber, penipuan dalam talian (online) serta kegiatan penyeludupan di sempadan.

“Bak kata pepatah, ‘tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’. 

“Seperti itulah semangat yang ditunjukkan oleh pasukan polis dalam menangani pelbagai cabaran semasa dengan penuh keberanian dan integriti,” katanya. 

Tiong Sii juga mengajak masyarakat agar terus memberi sokongan kepada pihak polis serta memainkan peranan dalam membantu usaha menjaga keselamatan setempat melalui platform seperti Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan program komuniti.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada kepimpinan Premier Sarawak, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat dan kemajuan negeri.

Turut hadir, ADUN Meradong Datuk Ding Koung Hiing, Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong DSP Sekam Anoi, Sonia Hii selaku wakil Pegawai Daerah Meradong, dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Meradong Maria Valentine. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Peruntukan MRP RM10,000 sokong empat kelab IPD Meradong jalankan aktiviti tahun ini 
Next: Enam pegawai, anggota polis bersara terima pingat, penghargaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.