Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM2.2 juta pasang 363 lampu solar di Saratok, Kabong, Roban
  • Selatan
  • WILAYAH

RM2.2 juta pasang 363 lampu solar di Saratok, Kabong, Roban

Utusan Sarawak 1 month ago
STEVE Miller Nuas semasa mengadakan lawatan ke salah sebuah rumah panjang di Roban. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Peruntukan berjumlah RM2.2 juta diperuntukkan bagi projek pemasangan sebanyak 363 lampu solar di kawasan kampung dan rumah panjang di Daerah Saratok, Kabong dan Roban.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 119 lampu solar di pasang di rumah panjang, 24 kampung di kawasan bidang kuasa Pejabat Daerah Saratok serta 165 di bawah bidang kuasa Pejabat Daerah Kabong dan Pejabat Daerah Kecil Roban.

“Projek ini telah diluluskan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi tahun ini berjumlah RM410,000 dan sebanyak RM1.8 juta di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA). 

“Impak besar daripada pelaksanaan projek ini akan meningkatkan tahap keselamatan di kawasan kampung dan rumah panjang tersebut khususnya pada waktu malam,” jelasnya.

Sementara itu, Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Roban, Steve Miller Nuas telah mengadakan lawatan ke rumah rumah panjang di kawasan Roban bagi mengenal pasti kawasan ‘hotspot’ (kawasan gelap) yang dicadangkan akan didirikan tiang lampu solar bagi menerangi kawasan terbabit.

Mohamad Duri berkata, antara rumah panjang yang dilawat di kawasan Roban adalah Rumah Sanggat, Sungai Ruan, Rumah Lim Metong, Rumah Bia Batu Burak, Rumah Rimbu Tinting Balai Nyumpit, Rumah Gandik Lui Sungai Engkabang, Rumah Cessus Clay Sungai Engkabang Tengah.

Selain itu, Rumah Andrew Laja Sungai Menua, Rumah Nicholas Tinting 2,000, Rumah Augustine Empayak, Rumah Ali Randi Sungai Baru, Rumah Sait, Rumah Anta Jelupang Baruh, Rumah Luna Sungai Nyiar, Rumahh Embol Sungai Anak dan Rumah Luna Nyiar.

Beliau turut menambah, ia juga akan memberikan manfaat besar kepada komuniti setempat dari segi keselesaan dan keselamatan.

“Saya berharap kesemua pelaksanaan projek pemasangan lampu solar itu nanti akan memberi manfaat kepada masyarakat di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bantuan Wang Ehsan dicadang diperluas, diubah syarat
Next: Pembinaan kompleks baharu perkukuh kebajikan anak yatim di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.