Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM15 juta Dana Khas Premier Sarawak kepada PPNS disalur suku ketiga tahun ini
  • TEMPATAN

RM15 juta Dana Khas Premier Sarawak kepada PPNS disalur suku ketiga tahun ini

Utusan Sarawak 4 hours ago
DANA KHAS…Datuk Dr Abdul Rahman ketika mempengerusikan mesyuarat bagi mengurus dana khas daripada Premier Sarawak untuk PPNS.  

LAWAS: Sebanyak RM15 juta daripada Dana Khas Premier Sarawak berjumlah RM60 juta yang diluluskan kepada Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) dijangka disalurkan pada suku ketiga tahun ini bagi tujuan pembangunan dan operasi organisasi tersebut.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) merangkap Pengerusi PPNS, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat perkembangan terkini dana berkenaan yang dipengerusikannya di Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya, semalam.

Menurutnya, peruntukan tersebut turut memberi manfaat kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di seluruh Sarawak

“Hasil perbincangan, sebanyak RM15 juta daripada keseluruhan peruntukan RM60 juta yang diluluskan kepada PPNS bagi tujuan pembangunan dan operasi dijangka dapat disalurkan pada suku ketiga tahun ini.

“Penyaluran dana berkenaan akan dilaksanakan selepas semua urusan dokumentasi memenuhi keperluan serta prosedur yang ditetapkan, yang dijangka selesai pada bulan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hadir sama Ketua Bahagian Perancangan Sektor Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak, Mildred Voon Hian Ya; Penolong Pengarah Perancangan Sektor EPU Sarawak, Hazijah Yusup; Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Pembangunan M-FICORD, Knot Atok serta para tetamu yang lain.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima dua kunjungan hormat di Astana
Next: AirBorneo mohon maaf atas gangguan penerbangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.