Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM100 juta untuk naik taraf kuarters kakitangan kesihatan
  • TEMPATAN

RM100 juta untuk naik taraf kuarters kakitangan kesihatan

Utusan Sarawak 9 months ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap dalam majlis makan malam sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke-64 Majlis Perubatan Malaysia (MMA) Cawangan Sarawak, malam tadi. FotoUKAS

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sejumlah RM100 juta untuk menaik taraf kuarters kakitangan kesihatan di negeri ini, khususnya di kawasan pedalaman.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, peruntukan itu berbentuk pinjaman sementara sebelum Kerajaan Persekutuan membayar semula jumlah tersebut.

“Langkah ini diambil bagi memastikan doktor dan jururawat yang bertugas di klinik-klinik pedalaman mempunyai tempat tinggal yang selesa selain daripada kemudahan klinik itu sendiri.

“Timbalan Menteri Kesihatan memaklumkan kepada saya bahawa klinik telah dibina di kawasan pedalaman, namun petugas kesihatan memerlukan tempat tinggal yang baik.

“Oleh itu, kami bersetuju untuk meminjamkan RM100 juta tahun ini kepada pusat perubatan bagi membina kuarters tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap dalam majlis makan malam sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke-64 Majlis Perubatan Malaysia (MMA) Cawangan Sarawak di sini, malam tadi

Katanya lagi, inisiatif ini akan diteruskan selagi kerajaan mampu menyediakan fasiliti terbaik untuk masyarakat luar bandar.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak peruntuk RM10 juta untuk pelaksanaan pautan digital hospital
Next: Acara lumba perahu berskala besar secara bergilir di pelbagai lokasi  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.