Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
  • BISNES

Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal

Utusan Sarawak 8 months ago
PADA 8.00 pagi, ringgit diniagakan pada paras 4.1200/1275 berbanding dolar AS daripada 4.1210/1260 pada akhir urus niaga, semalam.

KUALA LUMPUR: Ringgit mengekalkan momentumnya apabila dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, didorong oleh jangkaan Washington akan mengurangkan lagi kadar faedah dalam masa terdekat, kata penganalisis.

Pada 8.00 pagi, ringgit diniagakan pada paras 4.1200/1275 berbanding dolar AS daripada 4.1210/1260 pada akhir urus niaga, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kenyataan terbaharu Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jerome Powell jelas menunjukkan bank pusat negara maju itu komited untuk mengurangkan lagi kadar faedah, namun secara berperingkat dan ke arah pendirian yang lebih berkecuali.

“Perkembangan ini sewajarnya positif untuk ringgit kerana perbezaan kadar faedah antara Kadar Dana Fed dan Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan lebih mengecil pada masa depan, sekali gus menjadikan pulangan pelaburan Malaysia kelihatan lebih menarik.

“Berikutan itu, ringgit dijangka kekal kukuh pada hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, ringgit juga diniagakan mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama.

Ini termasuk naik berbanding yen Jepun kepada 2.8655/8709 berbanding 2.8899/8936 pada penutupan semalam, meningkat berbanding euro kepada 4.5876/5960 daripada 4.6106/6162 dan tinggi berbanding pound Britain kepada 5.5109/5209 daripada 5.5193/5260.

Ringgit juga mencatat prestasi lebih baik berbanding mata wang ASEAN iaitu meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2057/2118 daripada 3.2175/2217 dan mengukuh kepada 12.7082/7420 daripada 12.8037/8248 berbanding baht Thailand.

Selain itu, ringgit juga meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 272.0/272.7 daripada 272.1/272.6 semalam dan kekal tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.34/7.37 daripada 7.35/7.37. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Aktiviti jualan sederhana dorong Bursa Malaysia dibuka rendah
Next: AKPK: 53,000 individu bawah 30 tanggung hutang terkumpul RM1.9 bilion

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.