Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit merosot ke paras RM4.40 berbanding dolar AS
  • BISNES

Ringgit merosot ke paras RM4.40 berbanding dolar AS

Utusan Sarawak 7 months ago

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin disebabkan pelabur menjadi berhati-hati minggu ini apabila banyak pengumuman dijangka dikeluarkan minggu termasuk angka inflasi AS, kata seorang ahli ekonomi.

Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4090/4120 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.3800/3850 ketika ditutup pada Jumaat.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata dolar AS mendapat permintaan tinggi selepas kemenangan Donald Trump pada pilihan raya Presiden AS.

“Dolar AS mendapat permintaan tinggi kerana dasar Trump dilihat akan menyebabkan inflasi dan boleh menghalang pelonggaran monetari oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS tahun depan.

“Sehingga ketidaktentuan itu ditangani, mata wang AS diunjurkan masih kukuh,” katanya kepada Bernama.

Harga pengguna AS dijangka diumumkan pada Khamis depan dan unjuran indeks melebihi 0.3 peratus akan menghalang Fed AS untuk menurunkan kadar faedah Disember depan, menurut laporan Reuters.

Pada penutup, ringgit kebanyakannya ditutup tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan melonjak berbanding yen Jepun kepada 2.8701/8722 daripada 2.8763/8798 ketika ditutup pada Jumaat, meningkat berbanding euro kepada 4.7088/7120 daripada 4.7212/7266 sebelumnya tetapi merosot berbanding pound Britain kepada 5.6872/6910 daripada 5.6765/6830 sebelum itu.

Sementara itu, ringgit juga diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.3120/3148 daripada 3.3149/3190 pada penutupan Jumaat lepas dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.8243/8390 daripada 12.8710/8925 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit jatuh berbanding peso Filipina kepada 7.52/7.53 daripada 7.51/7.53 ketika ditutup Jumaat lalu dan menguncup berbanding rupiah Indonesia kepada 280.9/281.3 daripada 279.4/279.9 sebelum itu.

-BERNAMA

Continue Reading

Previous: Sarawak diunjur catat pertumbuhan 5-6 peratus pada 2024
Next: Harga hadapan minyak sawit melonjak kepada hampir RM5,200 satu tan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.