Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit meningkat semula berbanding dolar AS semasa dibuka
  • BISNES

Ringgit meningkat semula berbanding dolar AS semasa dibuka

Utusan Sarawak 2 years ago

KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila dibuka hari ini dalam keadaan sentimen pasaran yang lemah kerana pelabur menjangkakan satu lagi kenaikan suku mata ke atas Kadar Dana Rizab Persekutuan AS dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan minggu depan.

Pada 9.00 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7770/7810 berbanding dolar AS daripada 4.7855/7885 ketika ditutup, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks Dolar AS meningkat 0.07 peratus kepada 106.602 mata.

“Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS bagi suku ketiga 2023 agak mengejutkan kerana lebih kukuh berbanding jangkaan, iaitu pada 4.9 peratus suku ke suku (konsensus: 4.3 peratus) dengan pelaburan melonjak 8.4 peratus (suku kedua: 5.2 peratus) di samping prestasi perbelanjaan pengguna yang meningkat 4.0 peratus daripada hanya 0.8 peratus pada suku sebelumnya,” katanya kepada Bernama.

Pada awal dagangan, ringgit lebih tinggi kebanyakannya berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1766/1795 daripada 3.1838/1860 pada penutupan pada Khamis, dan naik berbanding euro kepada 5.0436/0478 daripada 5.0468/0500 namun lemah berbanding pound British kepada 5.7931/7979 daripada 5.7847/7883 semalam.

Unit tempatan juga didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang negara Asean lain.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4871/4903 daripada 3.4900/4925 semalam, dan tinggi berbanding baht Thailand kepada 13.1867/2028 daripada 13.1952/2097 serta meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.39/8.41 daripada 8.40/8.

Unit domestik hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 300.0/300.4 daripada 300.5/300.9 semalam. – Bernama

Continue Reading

Previous: Nilai ringgit rendah sedikit berbanding dolar AS, data PMI Pembuatan AS tunjuk peningkatan
Next: Indeks nilai seunit eksport, import September 2023 naik 1.6 peratus, 1.5 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.