Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit meningkat menjelang pelantikan Trump sebagai Presiden AS
  • BISNES

Ringgit meningkat menjelang pelantikan Trump sebagai Presiden AS

Utusan Sarawak 5 months ago
PADA 8.00 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5020/5095 berbanding dolar AS, naik daripada 4.5040/5085 pada Jumaat lepas.

KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada sesi pagi ini, didorong oleh sentimen berhati-hati menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini, kata penganalisis. 

Pada 8.00 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5020/5095 berbanding dolar AS, naik daripada 4.5040/5085 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka kekal dalam dagangan jajaran kecil hari ini, berkemungkinan pada sekitar RM4.5000. 

“Peniaga semakin bimbang mengenai apa yang mungkin diumumkan oleh Presiden AS,” katanya kepada Bernama. 

Beliau berkata perhatian akan tertumpu kepada perintah eksekutif Trump yang dijangka termasuk langkah pengusiran besar-besaran pendatang asing tanpa izin, penyahkawalseliaan industri dan tarif import.

Langkah tarif yang dijangkakan boleh meningkatkan inflasi, berpotensi mendorong pendirian menaikkan kadar faedah daripada Rizab Persekutuan, katanya.

Pada sesi pembukaan, ringgit turut mengukuh berbanding mata wang utama lain. 

Ia meningkat berbanding euro kepada 4.6290/6367 daripada 4.6382/6429 pada Jumaat lepas, naik berbanding pound kepada 5.4816/4908 daripada 5.4953/5008 dan tinggi berbanding yen Jepun kepada 2.8802/8852 daripada 2.8918/8949. 

Mata wang tempatan turut meningkat berbanding mata wang ASEAN.

Ia naik berbanding baht Thailand kepada 13.0504/0850 daripada 13.0664/0856, sedikit berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 274.8/275.4 daripada 274.9/275.3, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2926/2986 daripada 3.2948/2983 dan hampir mendatar berbanding peso Filipina kepada 7.68/7.70 daripada 7.68/7.69 pada Jumaat lepas. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka rendah
Next: Minat belian ketara, Bursa Malaysia meningkat sedikit pada sesi awal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.