Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir dua minggu
  • BISNES

Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir dua minggu

Utusan Sarawak 3 months ago

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi pada Khamis mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Pada 6 petang, ringgit mengukuh ke paras tertinggi dalam tempoh hampir dua minggu kepada 4.4270/4320 daripada 4.4410/4450 pada Rabu.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid melihat perkembangan itu sebagai petanda AS tidak cenderung menaikkan kadar dan berpandangan Presiden, Donald Trump mungkin mengambil pendekatan kurang agresif dalam hubungan perdagangan dengan China. 

“Ringgit melepasi paras sokongan segeranya hari ini. Ini sejajar dengan penurunan Indeks Dolar AS (DXY) kepada 106.923 mata.

“Mata wang lain juga meningkat berbanding dolar AS, walaupun Rizab Persekutuan (Fed) membayangkan akan mengekalkan kadar faedah yang stabil,” katanya.

Menerusi minit mesyuarat yang dikeluarkan menunjukkan Fed tidak yakin inflasi akan bergerak secara mampan ke arah sasaran dua peratusnya walaupun pasaran buruh hampir mencapai guna tenaga penuh.

Sehubungan itu, pasaran kewangan kini mengunjurkan penurunan hanya satu mata berbanding dua mata sebelum ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain. 

Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.6196/6248 daripada 4.6306/6348, naik berbanding pound kepada 5.5833/5896 daripada 5.5965/6016, namun lemah berbanding yen kepada 2.9454/9490 daripada 2.9277/9305 sebelumnya. 

Ringgit juga meningkat berbanding kebanyakan mata wang negara ASEAN lain.

Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3060/3099 daripada 3.3068/3102, meningkat berbanding baht Thai kepada 13.1459/1685 daripada 13.1769/1946, menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 270.9/271.4 daripada 272.0/272.4 dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.64/7.65 daripada 7.64/7.65.

-BERNAMA

Continue Reading

Previous: MAHB akan dinyahaktifkan daripada Bursa Malaysia 25 Februari ini
Next: Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.