Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit hampir mendatar berbanding dolar AS, kukuh berbanding mata wang lain
  • BISNES

Ringgit hampir mendatar berbanding dolar AS, kukuh berbanding mata wang lain

Utusan Sarawak 5 months ago

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS berikutan hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) selama dua hari dan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh dijangka terus menyokong dolar, kata ahli ekonomi.

Bagaimanapun, ringgit dilihat diniagakan lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang lain.

Pada 8.00 pagi, ringgit berada pada 4.5030/5250 berbanding dolar AS daripada 4.5030/5080, semalam.

Memetik laporan ekonomi AS, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, data ekonomi AS menunjukkan ekonomi kekal berdaya tahan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga 2024 mencatatkan prestasi lebih baik daripada jangkaan manakala tuntutan awal pengangguran merosot kepada 220,000 minggu lepas daripada 242,000 sebelum ini.

“Oleh itu, Indeks Dolar AS terus meningkat kepada 108.418 mata.

“Ia memberi impak positif kepada dolar dalam masa terdekat. Sehubungan itu, dolar-ringgit akan terus berada hampir RM4.50 dalam masa terdekat,” katanya.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8563/8706 daripada 2.8687/8723 semalam, naik berbanding pound kepada 5.6269/6544 daripada 5.6999/7062 dan tinggi berbanding euro kepada 4.6669/6897 daripada 4.6876/6928 sebelum ini.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3059/3226 daripada 3.3130/3169, bagaimanapun, merosot berbanding baht Thailand kepada 13.059/3226 daripada 13.0322/0530, semalam.

Ia hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 276.0/277.5 daripada 276.0/276.4 semalam, dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.63/76.7 daripada 7.63/7.64 sebelum ini. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi
Next: Bursa Malaysia akhiri dagangan pagi tidak berubah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.