Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dijangka didagang dalam julat 4.42 hingga 4.45 berbanding dolar AS minggu depan
  • BISNES

Ringgit dijangka didagang dalam julat 4.42 hingga 4.45 berbanding dolar AS minggu depan

Utusan Sarawak 2 months ago

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka didagangkan dalam julat 4.42 hingga 4.45 berbanding dolar AS minggu depan dengan turun naik jangka pendek bergantung kepada dinamik pasaran yang lebih luas.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan, berkata trajektori ringgit akan dibentuk oleh faktor luaran khususnya dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS), prospek ekonomi China dan sentimen risiko global.

“AS dijadual melaksanakan tarif timbal balik pada 2 April depan, ketidaktentuan berterusan dan sebarang kemerosotan dalam selera risiko boleh mendorong aliran masuk ke aset selamat seperti dolar AS yang berpotensi mengehadkan keuntungan ringgit selanjutnya,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, Mohd Sedek, berkata harga minyak yang lebih tinggi, disokong oleh sekatan AS ke atas eksport minyak mentah Iran dan penurunan pengeluaran OPEC+, boleh menyebabkan boleh menjejaskan ringgit, memandangkan status Malaysia sebagai pengeksport minyak bersih.

Selain itu, pemulihan berterusan dalam ekonomi China boleh meningkatkan sentimen serantau dan sektor eksport Malaysia seterusnya menyokong mata wang itu.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, ringgit meningkat berbanding dolar AS kepada 4.4180/4220 daripada 4.4410/4555 minggu lepas.

Bagi minggu ini, mata wang tempatan diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9574/9602 daripada 2.9809/9842 minggu lepas, naik berbanding pound Britain kepada 5.7151/7203 daripada 5.7404/7463 dan menokok berbanding euro kepada 4.7843/7886 daripada 4.8194/8243 sebelum itu.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.

Ia menambah berbanding dolar Singapura kepada 3.3081/3114 daripada 3.3241/3277, naik berbanding baht Thailand kepada 13.0436/0608 daripada 13.1820/2020, melonjak berbanding rupiah Indonesia kepada 267.7/268.0 daripada 271.6/272.0 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.70/7.71 daripada 7.75/7.77 minggu lepas. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke London
Next: Pasaran getah dijangka diniagakan rendah minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.