Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama, rendah berbanding dolar AS
  • BISNES

Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama, rendah berbanding dolar AS

Utusan Sarawak 7 hours ago

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding mata wang utama tetapi menyusut berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen pasaran yang kekal berhati-hati menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) malam ini.

Pada 8.00 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.0600/0640 berbanding dolar AS daripada 4.0580/0630 semasa ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran pertukaran asing dijangka terus berhati-hati menjelang laporan IHP AS yang ditunggu-tunggu.

“Kalangan peniaga bon semakin berharap bahawa Rizab Persekutuan AS akan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas tahun ini berdasarkan data pekerjaan yang kukuh dan jangkaan inflasi yang tinggi pada masa hadapan.

“Ini bermakna dolar AS dijangka terus mendapat sokongan yang kuat dalam masa terdekat,” katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5312/5338 daripada 2.5332/5365 semasa ditutup pada Selasa, menokok berbanding pound Britain kepada 5.4286/4340 daripada 5.4329/4395 dan naik berbanding euro kepada 4.6832/6878 daripada 4.6915/6972.

Unit tempatan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang serantau.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1536/1570 daripada 3.1563/1604 semalam dan menokok berbanding baht Thailand kepada 12.3239/3432 daripada 12.3531/3732.

Bagaimanapun ringgit rendah sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 224.8/225.1 daripada 224.7/225.1 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 6.59/6.60 seperti ketika ditutup sebelum ini.- Bernama

Continue Reading

Previous: Anak syarikat Duopharma peroleh kontrak bekalan insulin KKM bernilai RM155.3 juta
Next: Bursa Malaysia dibuka tinggi ketika isyarat pasaran bercampur-campur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.