Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
  • BISNES

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini

Utusan Sarawak 2 years ago

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS kerana pasaran terus memantau sama ada Rizab Persekutuan (Fed) akan mengubah keputusan susulan laporan pasaran pekerjaan terkini minggu lepas, kata seorang penganalisis.

Pada 9.08 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6640/6690 berbanding dolar AS daripada kadar penutup semalam 4.6675/6725.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pasaran nampaknya menilai semula keadaan ekonomi selepas pengumuman data gaji bukan ladang (NFP) minggu lepas.

“Pelabur menilai pendirian pegawai Rizab Persekutuan Neel Kashkari yang cenderung kepada menaikkan kadar faedah dengan menyatakan negara telah membuktikan daya tahannya walaupun terdapat peningkatan mendadak dalam kadar faedah. Dan menurutnya masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan untuk mengekalkan kadar inflasi yang lebih rendah,” katanya kepada Bernama.

Beliau menambah gandingan Indeks Dolar AS (DXY) terus disokong dengan baik pada 105.542 mata walaupun hasil Perbendaharaan 10 tahun AS susut sembilan mata asas untuk ditutup pada 4.58 peratus.

Justeru,  Mohd Afzanizam mengunjurkan kadar pertukaran  dolar AS-RM akan kekal stabil di sekitar paras semasa.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama tetapi tidak berubah berbanding euro pada 4.9863/9916.

Mata wang tempatan menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.0986/1021 daripada 3.1026/1061 dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.7307/7368 daripada 5.7415/7476, semalam.

Berbanding mata wang Asean yang lain, ringgit bergerak bercampur-campur.

Nilai ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4426/4465 daripada 3.4444/4483 pada Selasa dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 298.2/298.7 daripada 298.4/298.9 sebelumnya.

Namun begitu, nilai ringgit susut berbanding baht Thai kepada 13.1391/1595 daripada 13.1154/1346 semalam dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.31/8.33. – Bernama

Continue Reading

Previous: Hasil cukai keuntungan modal dianggar RM800 juta – MoF
Next: KWSP peruntuk RM97 bilion bagi pelaburan domestic pada 2023 – MoF

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.