Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ketujuh berturut-turut
  • BISNES

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ketujuh berturut-turut

Utusan Sarawak 6 hours ago

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan ketujuh berturut-turut menjelang pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping pada 14 hingga 15 Mei 2026.

Pada 8.00 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 3.9265/9330 berbanding dolar AS daripada 3.9285/9325 semasa ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kalangan peniaga secara umumnya menjangkakan keputusan yang positif daripada pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu.

Menurutnya harga bahan api yang tinggi dalam persekitaran perang di Asia Barat telah mula memberi kesan kepada inflasi sekali gus berpotensi memudarkan harapan terhadap penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS. 

Setakat ini, minyak mentah Brent meningkat sebanyak 0.08 peratus kepada AS$105.71 setong.

“Bagaimanapun, situasi masih tidak menentu. Pertumbuhan ekonomi mungkin terjejas dan Fed dijangka mengalihkan tumpuannya kepada usaha menyokong ekonomi,” katanya kepada Bernama.

Pada pembukaan dagangan, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.4872/4914 daripada 2.4888/4916 namun rendah berbanding pound Britain kepada 5.3110/3198 daripada 5.3105/3160, dan menyusut berbanding euro kepada 4.6003/6079 daripada 4.5987/6034 semasa ditutup pada Rabu.

Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang serantau.

Ringgit menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0859/0915 daripada 3.0872/0906 dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 224.6/225.1 daripada 224.7/225.1.

Unit tempatan turut meningkat sedikit berbanding peso Filipina kepada 6.39/6.41 daripada 6.40/6.41 tetapi susut berbanding baht Thai kepada 12.1469/1735 daripada 12.1419/1599. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit ketika kurangkan pemangkin baharu
Next: Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring bursa serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.