Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
  • BISNES

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Utusan Sarawak 10 months ago
PADA 8.00 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6695/6735 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semalam.

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini kerana prospek penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) kekal, kata seorang penganalisis.

Pada 8.00 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6695/6735 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semalam.

Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS, Jerome Powell semalam berkata, bank pusat itu tidak akan menunggu sehingga inflasi mencecah dua peratus untuk menurunkan  kadar faedah.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, potensi penurunan kadar itu akan memberi sokongan kepada ringgit dalam tempoh terdekat dan menjadikan mata wang tempatan stabil pada paras semasa.

Bagaimanapun, insiden cubaan membunuh Donald Trump hujung minggu lepas nampaknya telah meningkatkan peluangnya untuk memenangi pilihan raya presiden AS pada November depan.

“Nota Perbendaharaan AS dua dan 10 tahun meningkat satu dan lima mata asas masing-masing kepada 4.46 peratus dan 4.23 peratus dalam persekitaran kebimbangan bahawa langkah populis Trump akan mengakibatkan defisit fiskal AS yang lebih tinggi,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan rendah berbanding yen Jepun kepada 2.9526/9555 daripada 2.9578/9593 ketika ditutup semalam, melonjak berbanding pound Britain kepada 6.0554/0606 daripada 6.0658/0684 pada penutupan semalam dan menambah berbanding euro kepada 5.0884/0927 daripada 5.0991/1013 sebelumnya.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4751/4783 daripada 3.4810/4827 semalam, menokok berbanding peso Filipina kepada 7.98/7.99 daripada 7.99/7.99 dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 288.7/289.1 daripada 288.9/289.2 sebelumnya.

Bagaimanapun, mata wang tempatan turun berbanding baht Thailand kepada 12.9138/9313 daripada 12.9007/9116 ketika ditutup semalam. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Next: LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.