Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
  • BISNES

Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS

Utusan Sarawak 6 months ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh, disokong oleh kenaikan semula dalam Indeks Dolar AS (DXY) daripada penurunan baru-baru ini.

Pada 8.00 pagi, ringgit diniagakan di paras 4.4590/4700 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.4495/4570 pada akhir urus niaga, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pasaran telah memberi respons positif berikutan berita mengenai pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent yang mengetuai Jabatan Perbendaharaan AS.

Beliau berkata, perkembangan itu telah memupuk sentimen mengambil risiko.

“Ringgit mungkin mendapat manfaat daripada potensi peralihan yang mungkin berlaku daripada dolar AS kepada mata wang pasaran sedang pesat membangun lain,” katanya kepada Bernama.

Ringgit didagangkan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding pound Britain kepada 5.5862/6000 daripada 5.5939/6033 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6548/6662 daripada 4.6662/6741 ketika ditutup, semalam.

Bagaimanapun, ia turun berbanding yen Jepun kepada 2.8880/8955 daripada 2.8811/8861.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang negara ASEAN.

Ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3032/3118 daripada 3.3028/3088, turun berbanding peso Filipina kepada 7.56/7.58 daripada 7.54/7.56 dan jatuh berbanding rupiah Indonesia kepada 280.7/281.5 daripada 280.1/280.7 sebelumnya.

Bagaimanapun, ia naik berbanding baht Thailand kepada 12.8361/8818 daripada 12.8390/8670 sebelum itu. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: KPJ Healthcare catat sejarah perolehan tertinggi lepas RM1 bilion pada suku ketiga 
Next: Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.