Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
  • BISNES

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Utusan Sarawak 11 months ago
PADA 9.08 pagi, ringgit susut kepada 4.7080/7125 berbanding dolar AS daripada 4.7055/7075 ketika ditutup, semalam.

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila dolar AS semakin mengukuh susulan sentimen yang bertambah baik, kata pakar ekonomi.

Pada 9.08 pagi, ringgit susut kepada 4.7080/7125 berbanding dolar AS daripada 4.7055/7075 ketika ditutup, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit berkemungkinan didagangkan secara mendatar hari ini berdasarkan carta teknikal yang menunjukkan USD/MYR berada dalam zon neutral.

“Indeks Dolar AS (DXY) terus kekal di atas 105 mata berikutan kelemahan euro, yen Jepun dan pound sterling, yang bersama-sama menyumbang lebih 80 peratus kepada indeks itu.

“Kesimpulannya, unjuran terhadap dolar AS yang kukuh dalam tempoh terdekat kekal utuh,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama semasa awal dagangan.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9797/9828 daripada 2.9806/9821 ketika ditutup semalam dan naik berbanding pound British kepada 5.9872/9929 daripada 5.9896/9922.

Bagaimanapun, ringgit turun berbanding euro kepada 5.0592/0641 daripada 5.0518/0540.

Ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding mata wang negara Asean.

Unit domestik susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4856/4892 daripada 3.4832/4850 semalam dan rendah berbanding baht Thailand kepada 12.8420/8585 daripada 12.8257/8354.

Mata wang tempatan juga lemah berbanding rupiah Indonesia kepada 287.6/288.1 daripada 287.4/287.7 ketika ditutup semalam dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.01/8.02. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Next: Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan pengambilan untung sederhana

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.