Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
  • BISNES

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Utusan Sarawak 1 year ago
PADA 9.01 pagi, ringgit susut kepada 4.7440/7490 berbanding dolar US daripada 4.7285/7325 ketika ditutup, semalam.

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini susulan data ekonomi Amerika Syarikat yang positif terus menyokong mata wang Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Pada 9.01 pagi, ringgit susut kepada 4.7440/7490 berbanding dolar US daripada 4.7285/7325 ketika ditutup, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, mata wang pasaran sedang pesat membangun termasuk ringgit akan kekal lemah bagi tempoh terdekat dan aliran itu berkemungkinan berterusan menjelang pengumuman data gaji bukan ladang (NFP) AS dijadualkan untuk dikeluarkan pada Jumaat depan.

Beliau juga berkata bahawa anggaran konsensus telah menambat NFP pada 205,000 pada Mac, lebih rendah daripada paras pada bulan sebelumnya iaitu 275,000.

“Sehubungan itu, peserta pasaran sedang memantau data berkenaan untuk membentuk pendapat mereka mengenai prospek kadar faedah AS. Sebilangan besar penceramah Rizab Persekutuan (Fed) juga sudah bersedia untuk menentukan sentimen pasaran minggu ini dan teka-teki ini (keadaan yang tidak dapat dipastikan) akan memberi manfaat kepada dolar AS dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding euro kepada 5.0932/0985 daripada 5.1002/1045 ketika ditutup semalam, melonjak berbanding pound Britain kepada 5.9513/9576 daripada 5.9674/9729 semalam bagaimana merosot berbanding yen Jepun kepada 3.1270/1305 daripada 3.1232/1260 sebelumnya.

Ringgit juga kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9402/9584 daripada 12.9793/12.9949 ketika ditutup, semalam.

Bagaimanapun, ringgit berkurangan berbanding dolar Singapura kepada 3.5065/5105 daripada 3.5054/5087 semalam, menguncup berbanding rupiah Indonesia kepada 298.4/298.8 daripada 297.4/297.8 sebelumnya dan turun berbanding peso Filipina kepada 8.42/8.43 daripada 8.40/8.41. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur jejaki prestasi Wall Street
Next: Bursa Malaysia dibuka tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.