Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
  • BISNES

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Utusan Sarawak 1 year ago
PADA 9.15 pagi, ringgit susut kepada 4.7225/7265 berbanding dolar AS daripada 4.7165/7195, semalam.

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan kekurangan minat belian apabila sentimen berhati-hati terus menyelubungi keputusan dasar monetari oleh Bank of Japan (BoJ).

Pada 9.15 pagi, ringgit susut kepada 4.7225/7265 berbanding dolar AS daripada 4.7165/7195, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, peserta pasaran akan memberi tumpuan kepada keputusan dasar monetari oleh BoJ hari ini berikutan jangkaan bahawa bank pusat Jepun itu akan menamatkan Dasar Kadar Faedah Negatif dan Kawalan Keluk Hasil.

Selain itu, katanya, peserta pasaran akan memantau mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang bermula hari ini dan berakhir esok.

Sehubungan itu, ringgit dijangka kekal rendah berikutan sentimen dagangan berhati-hati, katanya kepada Bernama.

“Bagaimanapun, data yang positif dari China semalam memberi harapan bahawa ekonomi global kedua terbesar itu akan mendapat tarikan berikutan pelbagai rangsangan ekonomi dan monetari,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 3.1631/1660 daripada 3.1608/1630, susut berbanding pound kepada 6.0070/0121 daripada 6.0060/0098 semalam, bagaimanapun meningkat berbanding euro kepada 5.1338/1382 daripada 5.1400/1433 sebelum ini.

Pada masa sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain.

Ia rendah berbanding baht Thailand kepada 13.1104/1262 daripada 13.1050/1203 pada Isnin dan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 300.9/301.3 daripada 300.5/300.9 semalam.

Bagaimanapun, mata wang tempatan hampir tidak berubah berbanding dolar Singapura kepada 3.5258/5291 daripada 3.5253/5278 pada Isnin dan naik berbanding peso Filipina kepada 8.48/8.49 daripada 8.49/8.50 sebelum ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Next: PKS, syarikat pemula digalak mohon Geran LiKES – TalentCorp

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.